Soalan Lazim

Home / Soalan Lazim
1. S: Apakah Dasar Pengasingan Sisa di Punca?
J: Dasar Pengasingan Sisa di Punca adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di punca sekurang-kurangnya kepada dua aliran iaitu sisa kitar semula (kertas, plastic, kaca, tin aluminium/ besi/ logam) dan sisa baki (sampah kotor dan sisa makanan).
2. S: Bilakah Dasar Pengasingan Sisa di Punca akan dilaksanakan?
J: Dasar Pengasingan Sisa di Punca akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2016.
3. S: Bilakah Dasar Pengasingan Sisa di Punca akan dikuatkuasakan?
J: Dasar Pengasingan Sisa di Punca akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2017.
4. S: Adakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya seseorang tidak mengasingkan sisa di punca?
J: Ya. Selepas pendidikan dan promosi dasar selama satu tahun, mulai 1 Jun 2017, kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan kepada isi rumah yang tidak mengasingkan sampah mengikut kategori.
5. S: Apakah jenis premis yang terlibat dalam pelaksanaan dasar pengasingan sisa di punca?
J: Semua premis kediaman, perindustrian dan komersial.
6. S: Adakah mekanisma pengasingan sisa di punca berbeza mengikut kategori?
J: Ya, mekanisma pengasingan sisa di punca adalah berbeza mengikut kategori.
7. S: Apakah yang perlu dilakukan oleh pemunya/penduduk premis?
J: Pemunya/penduduk perlu mengasingkan sisa sekurang-kurangnya kepada dua aliran iaitu sisa baki dan sisa kitar semula.
8. S: Apakah jadual kutipan sampah yang dilaksanakan oleh MBPP / MPSP?
J: Kutipan sisa kitar semula akan dilakukan pada setiap hari Sabtu bagi kawasan perumahan/lot kedai (harta tanah) sahaja. Sila rujuk kepada Laman Web Rasmi MBPP/MPSP atau hubungi pihak majlis untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut. MBPP: 04 – 263 7637 (hotline) MPSP: 04 – 549 7555 (hotline)
9. S: Apakah yang perlu dilakukan dengan sisa kitar semula yang kotor atau berminyak?
J: Sila bersihkan dengan air dan keringkan sebelum kitar semula.
10. S: Adakah pemunya/penduduk akan mendapat pulangan dari segi wang sekiranya sisa kitar semula dikutip oleh pihak PBT?
J: Tidak. Pemunya/penduduk tidak akan dapat sebarang wang sekiranya sisa kitar semula dikutip oleh pihak PBT.
11. S: Adakah Kerajaaan Negeri atau PBT akan menyediakan tong atau bekas yang baharu untuk sisa kitar semula kepada pemunya/pemilik?
J: Kerajaan Negeri atau PBT tidak akan menyediakan tong atau bekas yang baharu untuk sisa kitar semula. Anda disarankan untuk menggunakan manamana beg plastik atau mana-mana bekas sedia ada yang bersesuaian untuk sisa kitar semula.
12. S: Adakah pemunya/pemilik perlu membeli tong atau bekas untuk sisa kitar semula?
J: Tidak. Anda disarankan untuk menggunakan mana-mana beg plastik atau mana-mana bekas sedia ada yang bersesuaian untuk bahan kitar semula.
13. S: Adakah PBT atau Kerajaan Negeri akan memberikan dana atau sebarang intensif kepada JKKK/pengurusan dalam penyediaan tong kitar semula/pusat kitar semula?
J: Dana tidak diperuntukkan kepada mana-mana JKKK/pengurusan premis.
14. S: Apakah yang perlu dilakukan oleh pemunya/penghuni yang tinggal di bangunan berstrata?
J: Sila asingkan sisa kurang-kurangnya kepada dua aliran.
15. S: Siapakah yang bertanggjungjawab untuk memberikan taklimat berkaitan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di kawasan komuniti saya?
J: Sila hubungi pihak di bawah untuk sebarang taklimat di kawasan komuniti anda. MBPP: 04 – 263 7637 MPSP: 04 – 549 7555 Unit Pengurusan Sisa Pepejal, Bahagian Kerajaan Tempatan : 04 – 6502020 Penang Green Council: 04 – 250 3322
16. S: Bagaimanakah untuk mendapatkan bahan publisiti berkenaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca?
 

J:

Sila layari dan muat turun bahan publisiti melalui laman web rasmi PGC di http://www.pgc.com.my/dasar-pengasingan-sisa-di-punca MBPP: 04 – 263 7637 MPSP: 04 – 549 7555
17. S: Adakah saya perlu memohon lesen pendaftaran sekiranya saya ingin mengutip barangan kitar semula sahaja?
J: Ya, anda perlu memohon lesen daripada Bahagian Perlesenan MBPP dan Jabatan Perlesenan MPSP. MBPP: Bahagian Perlesenan (04-2638818) MPSP: Jabatan Perlesenan (04 – 5497555)
18. S: Adakah pengusaha berlesen kitar semula dipilih oleh pihak PBT/Kerajaan Negeri?
J: JKKK/ pihak pengurusan mempunyai hak/pilihan untuk memilih mana-mana pengusaha yang berlesen yang dikehendaki.
19. S: Adakah pemantauan akan dilakukan untuk memastikan penduduk melaksanakan tanggungjawab mengasingkan sampah?
J: Pemantauan akan dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dari masa ke masa.

Kenyataan: Maklumat yang diberikan ini adalah berdasarkan data terkini daripada Website Jaringan Sisa Sifar PGC. Data ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan boleh dilayari melalui www.pgc.com.my/zerowastenetwork

Kemaskini terbaru: Mei 2017

KATEGORI A. BAHAN YANG JARANG DIKITAR SEMULA

A1 S Adakah bekas kaca boleh dikitar semula? Ke manakah saya boleh menghantarnya?
J Ya, boleh. Walau bagaimanapun, hanya bekas makanan dan gelas minuman diterima oleh syarikat kitar semula yang tertentuseperti: South Zest Sdn. Bhd. Anda boleh mencari pusat kitar semula yang berhampiran di sini
A2 S Adakah kotak minuman boleh dikitar semula? Ke manakah saya boleh menghantarnya?
J Ya, boleh. Ia mengandungi 6 lapisan pelindung yang terdiri daripada 75% kertas, 20% plastik dan 5% aluminium. Anda boleh menghantarnya untuk dikitar semula ke pengitar yang telah dilantik oleh Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu ke semua Pusat Pendidikan Tzu Chi dan Honey Green Resources
A3 S Adakah styrofoam boleh dikitar semula?
J Ya, boleh, styrofoam yang berada dalam keadaan bersih (seperti bekas pembungkus) boleh dikitar semula. Sila rujuk di sini

KATEGORI B. BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA

B1 S Ke manakah saya boleh menghantar baju-baju lama?
J
  1. Berkeadaan baik: Kedai terpakai/kumpulan kebajikan (kedai KAWAN, The Salvation Army Penang Children’s Home dan lain-lain)
  2. Pakaian lusuh : H&M
B2 S Ke manakah saya boleh menghantar barangan isi rumah untuk dikitar semula?
J
  1. Berkeadaan baik : kedai terpakai/ kumpulan kebajikan (kedai KAWAN, The Salvation Army Penang Children’s Home dan lain-lain)
  2. Berkeadaan tidak baik : Jika ia diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula, hantarkan ke pusat kitar semula.
B3 S Ke manakah saya boleh menghantar bingkai cermin mata yang lama?
J Anda boleh menghantarnya ke De Vince Optometrist

KATEGORI C. SISA MAKANAN

C1 S Bagaimanakah sisa makanan harus diuruskan?
J Sisa makanan yang telah bercampur (tidak boleh dimakan): Sisa makanan ini boleh dijadikan sebagai baja kompos, soil enhancer dan lain-lain. Anda boleh mencari pusat kitar semula di sini
C2 S Ke manakah saya boleh menghantar minyak masak yang telah digunakan?
J Sila rujuk di sini

KATEGORI D. SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH/ SISA BERBAHAYA (BUANGAN BERJADUAL)

D1 S Ke manakah saya boleh mengitar semula sisa elektrik dan elektronik (SW110) seperti komputer riba, TV, radio, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain?
J Sila rujuk di sini.
D2 S Bagaimana tiub pendarflour/ lampu kalimantang (SW109), bateri (SW103) dan sisa berbahaya yang lain seperti botol penyembur racun perosak/ tin aerosol yang kosong harus diuruskan?
J Buat sementara waktu ini, di Malaysia, tidak ada undang-undang bagi sisa berbahaya isi rumah. Oleh itu, sila masukkannya ke dalam pembungkus asal (dibungkus rapi) dan letakkannya bersama sampah sisa baki. Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih mencari penyelesaian bagi sisa berbahaya isi rumah.

  1. Tiub pendarflour/ lampu kalimantang (SW109) dan sisa berbahaya yang lain: Sila bungkuskannya dengan menggunakan pembungkus asal/ surat khabar/ kertas
  2. Bateri (SW 103): Menggunakan pita pelekat (atau pita jenis lain) untuk melekat dan membalut kedua-dua terminal positif (+) dan negatif (-) bateri untuk mengelakkan persentuhan antara bateri.

KATEGORI E. SISA BAKI

E1 S Adakah pembungkus berlapisan aluminium boleh dikitar semula?
J Ia terdiri daripada aluminium dan plastic. Walaubagaimanapun, ia adalah tidak berkos efektif dan praktikal untuk mengitar semulanya. Maka, tiada syarikat kitar semula yang berminat menerima bahan ini. Terdapat kumpulan komuniti yang menggunakannya menjadi kraftangan/ produk seperti pemegang bekas minuman, bakul, dompet syiling dan lain-lain.

KATEGORI F. SISA KEBUN/ TAMAN & SISA PUKAL

F1 S Siapakah yang patut saya hubungi untuk mengutip sisa kebun/ taman seperti dahan pokok mati dan sisa pukal seperti perabot?
J
  1. Sila hubungi MBPP: http://www.mbpp.gov.my/ms/rakyat/perkhidmatan/pengurusan-sisa
  2. Sila hubungi MPSP: http://www.mpsp.gov.my/buletin/perbandaran/panduan-jadual.pdf

 

*Maklumat yang diberikan ini hanya boleh digunapakai di Negeri Pulau Pinang sahaja.

1. Apakah perbezaan di antara piawaian ISO 14000 dan pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang? Piawaian ISO 14000 dan pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang berkongsi tujuan yang sama, iaitu membantu organisasi memelihara & memulihara alam sekitar, mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kesedaran eko dalam semua aspek tempat kerja.

ISO 14000 menentukan skop Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS- Environmental Management System) organisasi, mengenalpasti aspek-aspek alam sekitar yang berkenaan dengan semua situasi dan keadaan operasi serta menjelaskan keperluan undang-undang dan lain-lain yang memohon kepada aspek-aspek alam sekitar organisasi.

Fokus utama kriteria penilaian pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang adalah pada kawasan pejabat serta menyediakan garis panduan tindakan praktikal dan penyelesaian tentang bagaimana untuk menjadi “hijau”. Garis panduan ini meliputi 8 kriteria yang disebut (Pembelian Peralatan Pejabat & Alat Tulis berasaskan Prinsip Hijau, Pengurangan Pembaziran & Kitar Semula, Penjimatan Tenaga, Penjimatan Air, Kawalan Penggunaan Kertas, Kawalan Mesin Cetak, Fotokopi, Faks & Kartrij, Peningkatan Kualiti Udara Tertutup; dan Penglibatan Pekerja & Komuniti).

Oleh itu, perbezaannya adalah ISO 14000 memperkatakan piawaian; pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang memperkatakan tindakan sebenar dan langkah praktikal yang diambil untuk menjadi hijau.

2. Jika organisasi saya mempunyai lebih daripada satu lokasi pejabat, adakah saya memasukkan data organisasi secara keseluruhan atau untuk setiap pejabat secara individu?

Penyertaan hendaklah dihantar secara berasingan untuk setiap lokasi pejabat.

3. Apakah kebaikan penyertaan?

  • Sijil & Plak Pensijilan
  • Hak untuk menggunakan logo Pejabat Hijau Pulau Pinang – ” Pejabat Hijau Pulau Pinang ” di atas letter head syarikat, iklan dan bahan-bahan publisiti lain
  • Penyertaan dalam Majlis Penyampaian Sijil Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang
  • Nama jabatan/ organisasi yang lulus dalam audit akan disiarkan dalam laman web PGC
  • Iklan di Buletin Mutiara

4. Kami mempunyai beberapa pejabat yang terletak di dalam satu bangunan, adakah audit tersebut akan merangkumi semua pejabat?

Audit akan meliputi kawasan pejabat utama yang ditentukan oleh jumlah bilangan kakitangan dan ruang.

5. Bagaimanakah audit akan dijalankan? Apakah dokumentasi atau bukti yang perlu saya sediakan?

Juruaudit akan mempunyai satu salinan jawapan yang telah dihantarkan oleh pejabat anda kepada PGC. Semasa lawatan audit, juruaudit akan mengesahkah pematuhan anda melalui dokumentasi dan rekod.