Melestarikan Industri Pulau Pinang – Bersama
Membina ekosistem perkilangan yang sedia masa hadapan dan mampan melalui kerjasama, inovasi dan tindakan.
Mengenai PGIP
Program Industri Hijau Pulau Pinang (PGIP) ialah inisiatif utama Majlis Hijau Pulau Pinang untuk memacu transformasi alam sekitar merentasi sektor perindustrian. Kami bekerjasama dengan pemimpin korporat, PKS dan pihak berkepentingan kerajaan untuk mencipta bersama penyelesaian dalam penggunaan ESG, kecekapan sumber dan pembangunan bakat hijau.
Meletakkan Pulau Pinang sebagai hab utama Asia Tenggara untuk industri yang bertanggungjawab dan sedia masa hadapan
Mengurangkan kesan alam sekitar terhadap pengeluaran dan penggunaan, terutamanya dalam sektor E&E
Meningkatkan daya saing melalui peningkatan kecekapan dan prestasi alam sekitar
Memupuk peralihan ke arah Hab Pengilangan Hijau
Mekanisme Perlaksanaan
Program Pembangunan Kapasiti
Kami menawarkan latihan ESG, bengkel, dan sokongan nasihat — khususnya untuk PKS yang dilaksanakan bersama kerajaan, kumpulan industri, serta perunding pakar.
Program Perkongsian
Kami bekerjasama dengan MNC, LLC dan kerajaan tempatan untuk melestarikan rantaian bekalan tempatan dengan menyokong PKS dalam mengamalkan amalan ESG melalui perkongsian pengalaman, projek perintis, serta akses kepada pembiayaan dan teknologi.
Penubuhan Platform
Kami menganjurkan acara jaringan tahunan dan telah mewujudkan hab digital melalui LinkedIn serta laman sesawang untuk menghubungkan pihak berkepentingan, berkongsi ilmu, dan menggalakkan kerjasama.
Sertai Komuniti PGIP!

Berhubung dengan Pihak Berkepentingan Utama
Kami bekerjasama rapat dengan kerajaan, kumpulan industri dan rakan kongsi global untuk memacu kemajuan bersama.

Selari dengan Matlamat Negara & Negeri

Sokongan ESG Praktikal untuk Perniagaan






























