Penang Green Council

Program Industri Hijau Pulau Pinang (PGIP)

Memacu Sektor Pembuatan Lestari & Sedia Masa Hadapan

Membina ekosistem perkilangan yang sedia masa hadapan dan mampan melalui kerjasama, inovasi dan tindakan.

Mengenai PGIP

Program Industri Hijau Pulau Pinang (PGIP) ialah inisiatif utama Penang Green Council bagi memacu transformasi alam sekitar merentasi sektor perindustrian. Kami bekerjasama dengan pemimpin korporat, PKS dan pihak berkepentingan kerajaan untuk mencipta bersama penyelesaian dalam penggunaan ESG, kecekapan sumber dan pembangunan bakat hijau.

Memperkukuh Daya Saing Industri

Mempertingkat kecekapan operasi & prestasi kelestarian untuk kekal berdaya saing dalam rantaian bekalan global

Mengurangkan Impak Terhadap Alam Sekitar

Mengurangkan pelepasan (Emission), mengoptimumkan penggunaan sumber & menambahbaik pmalan Pengeluaran lestari

Menyokong Kesediaan & Pematuhan ESG

Bersiap sedia menghadapi peningkatan keperluan kawal selia & jangkaan pihak berkepentingan

Memposisikan Pulau Pinang sebagai Hab Pembuatan Hijau

Membina ekosistem yang kukuh bagi menarik pelaburan dan industri yang sedia masa depan

Mekanisme Pelaksanaan

Penubuhan Platform & Rangkaian Industri

PGIP menghubungkan ekosistem industri Pulau Pinang melalui acara rangkaian, sesi meja bulat industri, dan platfom digital yang aktif. Usaha ini memperkukuh kerjasama, keterlihatan, dan kepimpinan pemikiran (thought leadership) dalam kalangan syarikat multinasional (MNC), PKS, pihak kerajaan, serta rakan kongsi.

Dasar Hub Pembuatan Hijau & Penyelidikan Teknikal

Kami membangunkan rangka kerja Hab Pembuatan Hijau Pulau Pinang melalui penyelidikan dasar, penandaarasan (benchmarking), dan kajian kesesuaian. Ini menyelaraskan matlamat pihak berkepentingan untuk memposisikan Pulau Pinang sebagai hab pembuatan yang mampan dan berdaya saing.

Pembangunan Kapasiti & Penglibatan Pihak Berkepentingan

Kami membina keupayaan industri melalui latihan ESG, kesediaan COSIRI, khidmat nasihat, dan peningkatan kemahiran bakat. Kami juga menyokong PKS dalam meneroka laluan pembiayaan yang sesuai untuk penambahbaikan kelestarian.

Kerjasama & Program Rintis

Kami mempermudah jalinan kerjasama dan projek rintis merentasi rantaian bekalan, dengan fokus kepada tenaga, air, sisa, dan teknologi lestari. Inisiatif ini membantu pihak industri menggunapakai amalan yang lebih cekap dan mesra alam.

Memperkenalkan SHIFT @ PGIP

Bagi menyokong industri mengemudi transformasi ini, PGIP memperkenalkan SHIFT—sebuah rangka kerja berstruktur yang membimbing organisasi daripada fasa penilaian sehinggalah kepada fasa pelaksanaan dan pertumbuhan jangka panjang.

SHIFT @ Assess
Assessment & Readiness
  • COSIRI Assessment & Benchmarking
  • Sustainability Gap Analysis
  • Transformation Roadmap
Learn More
SHIFT @ Lab
Action & Capacity Building
  • Coming Soon
Learn More
SHIFT @ Accelerate
Partnership & Ecosystem
  • Coming Soon
Learn More
SHIFT @ Enable
Financing & Recognition
  • Access to Climate Mitigation Fund
  • Green Financing & Incentives
  • Industry Recognition & Visibility
Learn More
What's Coming in 2026
Penang Green Industry Forum
27 April 2026 | 09:00 - 14:00 | Olive Tree Hotel, Penang

Mulakan Perjalanan Kelestarian Anda Bersama PGIP

Kongsikan minat atau keperluan anda dengan mengisi borang ini, dan kami akan menghubungi anda semula.

Sertai Komuniti PGIP!

Berhubung dengan Pihak Berkepentingan Utama

Kami bekerjasama rapat dengan kerajaan, kumpulan industri dan rakan kongsi global untuk memacu kemajuan bersama.

Selari dengan Matlamat Negara & Negeri

Program kami menyokong strategi nasional dan pelan hala tuju ESG Pulau Pinang—memastikan usaha anda relevan dan bersedia untuk masa hadapan.

Sokongan ESG Praktikal untuk Perniagaan

Kami menawarkan bengkel praktikal dan bimbingan yang disesuaikan untuk PKS untuk membantu mencapai matlamat ESG dan kekal berdaya saing.

Platfom untuk Berkembang dan Bekerjasama

Sertai rangkaian yang menyerlahkan kepimpinan anda, membina perkongsian dan mengukuhkan perjalanan kemampanan anda.

Rakan-Rakan Strategik

Sokongan industri untuk penilaian, pembiayaan, dan pelaksanaan.

Ikuti kami di LinkedIn

Dapatkan maklumat terkini.

Berminat untuk Kerjasama dengan PGIP?