Penang Green Council

“I am EcoChamps!” – Pertandingan Kitar Semula Pulau Pinang

Sertai Pertandingan Kitar Semula PGC x Riiicycle Hari Ini!

Kurangkan sisa dan sokong ekonomi kitaran.

Tempoh Pertandingan

1 Oktober – 31 December 2025

Hadiah

  1. Recycling Champion (Emas 0.5g)
  2. Recycling Warriors (Hadiah wang tunai RM125 x 4 pemenang)
  3. Lucky warriors (Hadiah wang tunai RM75 x 10 pemenang)
  4. Grand Lucky Warrior Hadiah wang tunai RM200 (1 pemenang)

Kriteria Pemilihan Pemenang Recycling Warrior

  1. Jumlah (isipadu) kitar semula
  2. Kepelbagaian kategori kitar semula
  3. 5 peserta dengan jumlah kitar semula terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.

Kriteria Pemilihan Pemenang Lucky Warrior

  1. Berdasarkan kekerapan kitar semula (1 penyertaan sehari).
    Scenario A: Kitar semula 1 kali sehari = 1 penyertaan
    Scenario B: Kitar semula 2 hari berturut-turut = 2 penyertaan
    Scenario C: Kitar semula 2 kali dalam sehari = 1 penyertaan sahaja
  2. 10 pemenang dipilih secara rawak.
    (Peserta yang memenangi Recycling Warrior tidak akan dipilih sebagai Lucky Warrior.)

Eksklusif untuk ahli Warga Hijau Pulau Pinang sahaja

Cara Penyertaan

Jika belum menjadi ahli, daftar sekarang. Jika anda adalah ahli, teruskan ke langkah berikut.

Daftar akaun dalam aplikasi.

Langkah 3: Kitar semula & kumpul penyertaan

1 kali kitar semula = 1 penyertaan (maksimum 1 penyertaan sehari).

Bahan Yang Boleh Dikitar Semula:

Diterima

  1. Aluminium, tin dan logam skrap
  2. Kertas (surat khabar, kertas bercampur) dan kotak karton
  3. E-waste (sisa elektronik)
  4. Botol & bekas plastik (plastik bercampur tidak diterima)

Tidak Diterima

  1. Fabrik
  2. Botol kaca
  3. Sisa makanan
  4. Kayu & perabot
  5. Bateri tidak boleh dicas semula
  6. Ubat-ubatan
  7. Mentol & lampu kalimantang

Lokasi Kitar Semula

  • Straits Quay Station
  • SPICE Arena Station
  • New World Park Station
  • Auto City Station
  • Karpal Singh Drive Station
  • Balik Pulau Station
  • MPKK Tanjung Bungah Station
  • Midlands Station
  • IJM Udini Square Station
  • MPKK Paya Terubong Station
  • Riiicycle Snap & Throw Bin (untuk e-waste kecil)
  • House to house E-waste collection (barangan besar)
  • Any roadshows or campaigns (jika ada)

Nota: Sila rujuk jadual kutipan sebelum ke stesen/karnival.

Terma & Syarat Ringkas

  1. Semua peserta mestilah menetap di Pulau Pinang dan berdaftar sebagai ahli Warga Hijau Pulau Pinang.
  2. Peserta wajib memuat turun aplikasi mudah alih Riiicycle dan daftar akaun. Ikuti langkah yang diberikan dengan mengimbas kod QR untuk menyertai pertandingan ini.
  3. Semua bahan kitar semula mestilah dalam keadaan bersih dan kering, serta mengikut kriteria dan kategori kitar semula yang ditetapkan.
  4. Peserta perlu menghantar bahan kitar semula ke stesen kitar semula terpilih Riiicycle mengikut jadual kutipan, ATAU ke mana-mana kempen kutipan di bawah Riiicycle, menggunakan sistem ganjaran aplikasi mudah alih.
  5. Setiap pusingan pertandingan kitar semula akan berlangsung selama 3 bulan dan diadakan secara suku tahunan sepanjang tahun 2025.
  6. Semua data yang diberikan MESTILAH sah dan tepat. Segala maklumat akan dilindungi oleh Penang Green Council & Riiicycle. (Contoh: Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon, Kod Hijau, Alamat Emel, dan sebagainya).
  7. Sebarang penyertaan dan pendaftaran yang tidak lengkap tidak akan diterima.
  8. Lima (5) pemenang utama dengan jumlah dan kepelbagaian bahan kitar semula tertinggi pada akhir tempoh 3 bulan akan dipilih dan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan.
  9. Sepuluh (10) pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM75 setiap seorang. Penyertaan cabutan bertuah akan dikira berdasarkan kekerapan aktiviti kitar semula sepanjang tempoh pertandingan.
  10.  Setiap peserta hanya layak menerima satu (1) hadiah sahaja.
  11. Semua hadiah akan diberikan dalam tempoh 2 minggu selepas pertandingan berakhir.
  12. Peserta berumur bawah 18 tahun wajib ditemani ibu bapa atau penjaga semasa majlis penyampaian hadiah.
  13. Pemilihan pemenang akan berdasarkan data yang dikumpul melalui aplikasi mudah alih Riiicycle. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  14. Segala maklumat terkini berkaitan pertandingan akan dikongsikan di laman media sosial rasmi Penang Green Council & Riiicycle.
  15. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Pulau Pinang kecuali kakitangan Penang Green Council & Riiicycle.
  16. Penang Green Council & Riiicycle berhak untuk mengubah suai terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.
  17. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kitar semula, sila hubungi Riiicycle melalui WhatsApp di +6011-2669 9168

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai kitar semula, sila hubungi Riiicycle melalui WhatsApp.