Penang Green Council

Program Sekolah Hijau – Peringkat Negeri

Transformasi Program Sekolah Hijau Pulau Pinang pada peringkat Negeri akan bermula pada tahun 2026. Transformasi ini bertujuan untuk mengiktiraf semua sekolah berdaftar di bawah Sekolah Hijau Pulau Pinang melalui Sistem Penarafan Bintang serta memperkasakan sekolah dengan Program Penglibatan dan Dana Sekolah Hijau Pulau Pinang.

1. Sistem Penarafan Bintang

Sistem Penarafan Bintang diwujudkan untuk menilai dan mengiktiraf secara rasmi komitmen sekolah terhadap kelestarian alam sekitar. Sekolah yang berdaftar di bawah Program Sekolah Hijau Pulau Pinang dan melaksanakan inisiatif hijau akan diiktiraf melalui Tahap Bintang, yang dikategorikan sebagai Emas, Perak atau Gangsa, selaras dengan pencapaian mereka. Penarafan Bintang ini adalah sah untuk tempoh dua tahun.

Emas

Sekolah mengamalkan amalan hijau yang cemerlang dan holistik secara konsisten

Perak

Sekolah melaksanakan amalan hijau asas dengan pelaksanaan yang baik serta mempunyai ruang untuk penambahbaikan

Gangsa

Sekolah mengamalkan amalan hijau yang cemerlang dan holistik secara konsisten

2. Program Penglibatan
Penglibatan Sekolah Hijau Pulau Pinang dirangka untuk memperkasakan pelajar, guru dan sekolah dengan memupuk kesedaran alam sekitar, menggalakkan amalan hijau serta mengukuhkan penglibatan komuniti.

Penglibatan Pelajar

Memperkasa pelajar untuk memainkan peranan aktif dalam inisiatif alam sekitar, sekaligus memupuk kepimpinan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar melalui program seperti Eco Talk dan Green Camp.

Penglibatan Guru

Program Kejurulatihan (ToT) bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan keupayaan guru bagi menyampaikan pendidikan kelestarian secara berkesan di sekolah.

Penglibatan Komuniti

PGC akan memudahcara kerjasama antara industri atau organisasi dengan sekolah di bawah Program Sekolah Hijau Pulau Pinang bagi pelaksanaan inisiatif pendidikan atau libat urus di sekolah.

3. Dana Sekolah Hijau Pulau Pinang

Bermula tahun 2027, Dana Sekolah Hijau Pulau Pinang akan menyediakan sokongan kewangan dan sumbangan dalam bentuk barangan untuk membantu sekolah melaksanakan inisiatif alam sekitar, projek kemampanan dan penambahbaikan infrastruktur hijau. Sekolah yang mendaftar untuk Program Sekolah Hijau Pulau Pinang pada tahun 2026 akan layak untuk memohon.