Penang Green Council

Program Sekolah Hijau – Peringkat Daerah

Program Sekolah Hijau ialah program audit alam sekitar tahunan untuk semua sekolah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa). Program ini dimulakan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama MBPP dan MBSP.

Mulai tahun 2026, program ini dinaik taraf sebagai Program Sekolah Hijau dengan pengenalan Sistem Penarafan Bintang yang baharu. Program ini juga memberi penekanan kepada bimbingan dan sokongan berterusan kepada sekolah melalui tiga tunjang utama: penglibatan pelajar, penglibatan guru, dan penglibatan komuniti.

Mulai tahun 2027, sekolah yang mendaftar dalam program pada tahun 2026 juga layak memohon Dana Sekolah Hijau Pulau Pinang untuk menyokong inisiatif alam sekitar dan projek kelestarian di sekolah.

Objektif

Golongan Sasaran

Semua sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa)

Kriteria

Penilaian

Penilaian dan audit akan dijalankan oleh MBPP dan MBSP di peringkat daerah. Hasil penilaian peringkat daerah akan digunakan untuk menentukan Penarafan Bintang bagi pengiktirafan di peringkat negeri.

Prosedur Pemohonan

  1. Pergi ke Penilaian ASH.
  2. Log masuk ke akaun sedia ada anda.
    (Untuk pendaftaran kali pertama, sila buat akaun baharu menggunakan nama dan kod sekolah anda.)
  3. Lengkapkan penilaian kendiri sebelum 31 Julai 2026.
  4. PBT masing-masing akan mengatur jadual audit sekolah pada bulan Ogos – September untuk pertandingan peringkat daerah.

Garis Masa

  1. Feb: Pembukaan pendaftaran dalam talian 
  2. Feb – Julai: Program Penang Green School (Penglibatan Pelajar, Guru & Komuniti)
  3. Julai – Oktober: Penutupan pendaftaran dalam talian (31 Julai 2026)
  4. Ogos – Oktober:
    – Audit peringkat daerah (MBPP & MBSP)
    – Cadangan keputusan Penarafan Bintang
  5. November – Disember:
    – Majlis Penyampaian Anugerah Peringkat Daerah
    – Penilaian & Pengiktirafan Penarafan Bintang Peringkat Negeri
    – Pengumuman Penarafan Bintang Sekolah