Penang Green Council

Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang

Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang ialah program audit untuk semua prasekolah dan tadika berlesen di Pulau Pinang. 15 prasekolah atau tadika berdaftar dengan markah tertinggi akan diberi ganjaran insentif dan sijil.

Objektif

Kumpulan Sasaran

Semua prasekolah dan tadika berlesen di Pulau Pinang.

Kriteria

Penilaian

Hanya pemohon yang mendapat markah tertinggi akan disenarai pendek untuk proses audit.

Prosedur Permohonan

Lengkapkan soal selidik dalam talian melalui pendaftaran di bawah.

Anda akan dimaklumkan melalui e-mel jika prasekolah/tadika anda terpilih. Pemilihan adalah berdasarkan markah tertinggi.

Audit akan dilaksanak oleh PGC bersama prasekolah / tadika yang terpilih.

Prasekolah / tadika yang terbaik akan diumumkan di halaman Facebook PGC pada Oktober 2025.

Audit

Sediakan semua dokumen sokongan yang berkaitan seperti PowerPoint, video, gambar dan dokumen berkaitan berdasarkan kriteria audit.

Semasa audit, guru boleh menjadi wakil untuk membentangkan penglibatan dan projek mereka dalam program Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang ini. Bagaimanapun, penglibatan kanak-kanak dalam audit dalam talian amat dialu-alukan.

Anda juga boleh membentangkan program alam sekitar anda yang sedang berjalan atau rancangan masa depan.

Hadiah

15 buah prasekolah atau tadika terbaik dengan markah tertinggi akan diberi ganjaran insentif seperti di bawah:

Garis Masa

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-250 3322 atau emel ke info@pgc.com.my.