Aktivasi Terdahulu
Sidang Akhbar Kempen Tiada Beg Plastic Setiap Hari Pulau Pinang (Sempena Persinggahan Plastic Odyssey di Pulau Pinang)
14 Februari 2025 | 🕘 9.00 pg – 12.00 tgh hari 📍 Hin Bus Depot
Kempen ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna, bersempena dengan persinggahan kapal Plastic Odyssey di Pulau Pinang. Program ini telah menghimpunkan seramai 75 orang peserta, termasuk wakil Kerajaan Negeri, pihak L’Occitane, wakil Plastic Odyssey, tetamu jemputan serta pengamal media.
Pelaksanaan kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap isu pencemaran plastik, di samping memupuk kerjasama strategik antara agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan antarabangsa bagi memperkukuh inisiatif kelestarian di negeri ini.



Lawatan Makmal Atas Kapal Plastic Odyssey – “Bersihkan Masa Lalu, Bina Masa Depan”
19 & 20 Februari 2025 | 🕘 10.00 pg – 5.00 ptg
Sempena persinggahan kapal Plastic Odyssey di Pulau Pinang, Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC) telah diberi peluang untuk membawa seramai 210 pelajar sekolah rendah dan menengah, bersama guru pengiring serta wakil perniagaan tempatan, menaiki kapal tersebut.
Lawatan ini memberi pendedahan secara langsung mengenai teknologi dan usaha inovatif yang dilaksanakan oleh Plastic Odyssey dalam menangani pencemaran plastik di peringkat global. Melalui sesi lawatan makmal dan taklimat yang dikendalikan oleh kru kapal, para peserta dapat memahami dengan lebih mendalam proses kitar semula plastik, penyelidikan bahan alternatif, dan strategi pemulihan alam sekitar yang boleh diaplikasikan di peringkat komuniti setempat.
Program ini diharap dapat memberi inspirasi kepada generasi muda dan penggiat industri untuk memainkan peranan aktif dalam membina masa depan yang lebih lestari.


Edaran poster rasmi kempen
10,000 salinan poster kempen rasmi dalam empat bahasa (Inggeris, Melayu, Cina, dan Tamil) telah diedarkan ke 8 premis utama oleh kedua-dua PBT dari Mac ke April.
Premis-premis memaparkan poster rasmi tersebut dan bersedia mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di premis mereka.
8 premis itu adalah seperti berikut:
- Pasaraya Hyper
- Pasaraya Besar
- Pasaraya Serbaneka
- Kedai Serbaneka
- Restoran Makanan Segera
- Kedai Serbaneka Stesen Minyak
- Kedai Rangkaian
- Farmasi dan Klinik
Reka bentuk dan pengedaran beg kain percuma
Edaran sebanyak 100,000 helai beg kain di seluruh negeri dilaksanakan secara berperingkat semasa tempoh ‘educational enforcment’. Selepas itu, beg tersebut akan dijual secara meluas kepada orang ramai.
PGC berharap dapat bekerjasama dengan artis tempatan di Pulau Pinang untuk mereka bentuk beg yang unik.
Tayangan Perdana Filem WASTED oleh Eco-Business
Sebuah filem yang menunjukkan kebenaran isu sisa global. Filem ini merupakan seruan untuk mengubah perspektif terhadap realiti planet kita yang dipenuhi sisa makanan dan plastik.
Filem ini berharap untuk mengisi jurang yang sedia ada, menonjolkan penyelesaian, dan menghubungkan orang ramai, perniagaan, serta pembuat dasar dengan tindakan baharu untuk masa depan.
Sesi tayangan turut disusuli dengan sesi panel perbincangan yang menampilkan ahli panel berikut:
- Ts. Faris Aiman, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
- Puan Low Li May, Standard Chartered Bank
- Puan Josephine Tan, Pengurus Besar, Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC)











Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) 2025 - Fuyoh! Let’s Step Up 3KM Fun Walk
Setiap tahun, Penang Green Council (PGC) menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) sebagai peringatan kepada semua lapisan masyarakat keperluan untuk hidup secara mampan dan harmoni dengan alam sekitar melalui aktiviti harian mereka.
Sekali lagi dianjurkan oleh Republik Korea, Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 di Pulau Jeju akan memberi focus kepada kesedaran tentang pencemaran plastik dan menyatukan semua sektor (kerajaan, perniagaan, dan masyarakat sivil) dalam menangani isu kritikal ini di bawah tema ‘Ending Plastic Pollution’ yang selaras dengan matlatmat Pulau Pinang.
Acara dimulakan dengan sesi senaman Zumba dan diteruskan dengan pelepasan peserta oleh YB Dato’ Seri Sundarajoo Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar.
Penyertaan terbuka telah menarik kehadiran daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menunjukkan sokongan terhadap amalan gaya hidup sihat dan lestari.
Peserta digalakkan membawa botol air dan beg guna semula sendiri sebagai simbolik kepada usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dalam acara awam.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan ke arah membudayakan kelestarian dalam kalangan warga Pulau Pinang.







Aktiviti Media Sosial – Fakta Menarik & Seruan Tindakan ‘Call To Action’
Inisiatif ini merupakan satu usaha strategik yang bertujuan untuk mendorong penduduk Pulau Pinang mengambil tindakan segera dan langkah pembetulan ke arah pengurangan penggunaan plastik sekali guna, sejajar dengan matlamat kempen No Single-Use Plastic (NSUP).
PGC telah menyampaikan mesej NSUP melalui penciptaan kandungan interaktif di media sosial, termasuk siri hantaran berbentuk karusel yang memaparkan isu pencemaran plastik serta cabaran kekurangan kapasiti tapak pelupusan Pulau Burung yang dijangka akan mencapai had maksimum menjelang tahun 2035.
Bagi meningkatkan capaian dan keberkesanan penyampaian mesej, hantaran-hantaran ini turut diperkasa melalui promosi berbayar (ads boost) untuk memperluas jangkauan kepada khalayak sasaran.
Hantaran ini diterbitkan secara dwibulanan, iaitu pada 19 Julai 2025 dan 2 Ogos 2025, dengan fokus kepada penyampaian fakta menarik, kesedaran situasi semasa, dan galakan tindakan melalui seruan seperti membawa beg sendiri, mengelak plastik sekali guna, dan menyokong dasar hijau negeri.
Kolaborasi dengan rakan strategik (Penang Hill Festival)
PGC sebagai rakan sokong kepada Penang Hill Festival 2025 melaksanakan satu sesi jelajah (roadshow) pada 20 Julai 2025 sebagai sebahagian daripada pengisian program festival tersebut.
Roadshow ini menyampaikan mesej kempen #PilihlahReusable serta menyokong inisiatif pihak berkuasa tempatan dalam pengurangan penggunaan plastik sekali guna melalui pendekatan pendidikan dan libat urus bersama pengunjung.
Aktiviti utama yang dijalankan ialah aktiviti percetakan ‘silkscreen’ atas beg kitar semula (2nd-life bag) yang menampilkan rekaan khas No Single-Use Plastic (NSUP), sebagai medium interaktif untuk menggalakkan pengunjung mengamalkan semula guna (reuse) dalam kehidupan harian mereka.



























Pengedaran Beg Kain NSUP Percuma
Pada 18 Julai 2025, Penang Green Council (PGC) mengedarkan sebanyak 200 beg NSUP kepada pejabat-pejabat EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sejurus selepas mesyuarat EXCO di KOMTAR, sebagai simbol sokongan terhadap dasar pengurangan plastik sekali guna di peringkat pentadbiran negeri.
Program diteruskan dengan pengedaran kepada orang awam di lokasi tumpuan seperti berikut::
Pasar Awam Bayan Baru (belakang Sunshine Square)
- 3 Ogos 2025 (Ahad)
- 2,000 beg NSUP diedarkan kepada pengunjung pasar
Pasar Basah Chai Leng Park, Perai
- 9 Ogos 2025 (Sabtu)
- 2,000 beg NSUP diedarkan kepada orang awam
Pengedaran imenyokong pelaksanaan dasar “Tiada Plastik Sekali Guna di Pulau Pinang”, serta memperkukuh kesedaran dan perubahan tingkah laku dalam kalangan masyarakat ke arah amalan guna semula (reusable).













Kiehls’s Pop-up Event di Gurney Plaza
Pada 27 Ogos 2025 sehingga 7 September 2025, Penang Green Council (PGC) sebagai rakan sokong kepada Kiehl’s Mission Renewal Pop-Up: Love Our Planet yang berlangsung pada 27 Ogos hingga 7 September 2025 di Centre Atrium, Gurney Plaza.
Penyertaan ini sejajar dengan usaha PGC dalam mengarusperdanakan mesej kempen No Single-Use Plastic (NSUP) melalui pendekatan pendidikan dan kesedaran awam terhadap kepentingan pengurangan sisa serta amalan kelestarian.
PGC melalui pasukan NSUP turut mengedarkan sebanyak 250 beg guna semula NSUP kepada pengunjung, sebagai simbol sokongan kepada inisiatif hijau Kiehl’s dan galakan kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup rendah karbon dan mesra alam.





Pertandingan Green Reusable Hero
Pada 15 Ogos 2025, Pertandingan Green Reusable Heroes telah dianjurkan khusus untuk kakitangan Penang Green Office yang terdiri daripada warga pejabat, dengan tujuan menggalakkan mereka mempamerkan komitmen dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna melalui penggunaan kreatif barangan boleh guna semula seperti beg kain, botol air, dan bekas makanan.
Peserta dijemput untuk menghantar foto dan 50 patah perkatakaan cerita yang berkaitan dengan Reusable Hero mereka di pejabat mereka. Penyertaan dinilai berdasarkan kreativiti, mesej positif, dan keupayaan memberi inspirasi kepada orang lain.









Earth Fest 2025: Kreativiti Menginspirasi Tindakan Iklim
3 – 5 Oktober 2025 | 🕘 10.00 pg – 6.00 ptg | 📍 Hin Bus Depot
Earth Fest 2025 meraikan kelestarian melalui pendekatan kreatif dan berunsur pendidikan yang menghubungkan seni, ilmu pengetahuan serta penyertaan komuniti. Bertempat di Hin Bus Depot, acara ini menggalakkan orang ramai untuk meneroka kesedaran alam sekitar dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.
Antara tarikan utama festival ini ialah pameran seni yang direka untuk memudahkan pemahaman isu alam sekitar yang kompleks melalui penceritaan visual.Pameran ini membuktikan bahawa kreativiti mampu menjadikan mesej kelestarian lebih mudah diakses dan diingati oleh semua peringkat umur.
Melengkapkan pameran tersebut ialah kuiz interaktif bertemakan kelestarian, yang menggalakkan pengunjung menguji pengetahuan mereka tentang alam sekitar. Peserta yang menamatkan kuiz menerima hadiah kitar semula (upcycled gifts), menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna di samping mengukuhkan mesej kepentingan guna semula serta pengurangan sisa.
Acara ini berjaya menghubungkan penglibatan fizikal dan capaian digital dengan berkesan. Aktiviti di tapak acara mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan, manakala promosi digital telah memperluas impak Earth Fest ke luar lokasi penganjuran.
Hasil ini mencerminkan bagaimana gabungan antara pendidikan kreatif dan penglibatan interaktif dapat memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap kelestarian serta membina hubungan yang lebih mendalam dengan misi Penang Green Council.
Earth Fest 2025 membuktikan bahawa perubahan bermakna bermula dengan kesedaran dan kreativiti kekal sebagai antara alat paling berkesan untuk menggerakkan tindakan terhadap alam sekitar.



































