Kempen Tak Nak Penyedut Minuman Plastik “Straw”
Kempen “Tak Nak Straw Plastik” telah dilaksanakan pada Mac 2019. Straw plastik merujuk kepada paip kecil yang diperbuat daripada plastik (polimer sintetik/separa sintetik), termasuk straw plastik bio-degradasi, yang membolehkan pengguna menikmati minuman dengan lebih mudah.
Objektif
- Mengurangkan jumlah straw plastik yang memudaratkan alam sekitar dalam jangka pendek melalui program kesedaran dan kempen.
- Menghapuskan sepenuhnya penggunaan straw plastik dalam jangka panjang melalui penguatkuasaan.
Mekanisme
Premis makanan dan minuman tidak lagi dibenarkan menyediakan straw plastik di dalam premis, sudut atau kaunter.
Premis makanan dan minuman dibenarkan serta digalakkan menggunakan bahan gantian.
Skop Pelaksanaano Restoran, Hotel, Kedai serbaneka, Kedai serbaneka stesen minyak, Medan selera dan kantin, Lori makanan (food truck), Pasar malam.
1
Fasa 1
Kesedaran pendidikan (Apr 2019 – Jun 2020)
2
Fasa 2
Penguatkuasaan secara berhemah (Julai 2020 – Jun 2021)
3
Fasa 3
Penguatkuasaan penuh (1 Julai 2021)





























