Penang Green Council

Circular Cities

Pengenalan

Projek Bandar Mampan (Circular Cities Project) bertujuan untuk menggalakkan kerjasama bandar antarabangsa antara Pulau Pinang dengan bandar-bandar dalam kluster ekonomi kitaran, termasuk bandar-bandar di Eropah seperti Bologna, Granada dan Greater Manchester, serta bandar Haikou di China. Kerjasama ini dilaksanakan di bawah kerangka Projek Kerjasama Bandar Antarabangsa (International Urban Cooperation – IUC) Asia oleh Kesatuan Eropah (EU), dengan Pulau Pinang dipadankan melalui PGC.

Komponen Malaysia bagi projek IUC Asia ini akan meneruskan usaha ekonomi kitaran secara bersama dan dua hala, di mana bandar-bandar Eropah dan Malaysia berkerjasama dalam tiga bidang utama:

  1. Penyelidikan & Inovasi
  2. Pemindahan Ilmu Amalan Terbaik
  3. Penerokaan Pelaburan dan Peluang Perniagaan

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelancaran Pelan Hala Tuju Ekonomi Kitaran, yang menyasarkan Malaysia untuk menjadi peneraju pembangunan ekonomi kitaran di Asia Tenggara. Kerjasama ini akan diperkukuh melalui perancangan bandar mampan, mengutamakan penyelesaian yang lestari, mesra alam sekitar dan iklim. Dorongan perubahan ini juga akan merangsang ekonomi tempatan dengan membangunkan penyelesaian baharu bagi menangani masalah sisa dan kekurangan sumber.

Matlamat

  1. Membangunkan Hala Tuju Ekonomi Kitaran Pulau Pinang untuk menyokong pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri dan sektor swasta dalam mengambil pendekatan bersama ke arah sistem ekonomi kitaran yang lestari serta inklusif, termasuk penyertaan sektor tidak formal dan kumpulan rentan.
  2. Menjadi asas tindakan di Malaysia melalui Pelan Tindakan Ekonomi Kitaran EU yang baharu, di mana projek IUC akan membawa amalan terbaik daripada bandar rintis Eropah untuk mencapai reka bentuk produk kitaran melalui, contohnya, ketahanan, kebolehgunaan semula, kebolehnaiktarafan, kebolehbaikan, peningkatan kandungan kitar semula dalam produk, serta pengurangan penggunaan sekali guna dan isu keusangan awal.
  3. Mengadaptasi pendekatan kerajaan ke kerajaan (G2G) melalui pencarian padanan bandar dengan bandar Eropah, bagi membincangkan cabaran serta penyelesaian, dan pada masa yang sama membuka akses bandar Eropah kepada pasaran pelaburan ekonomi kitaran yang sedang berkembang di bandar-bandar Malaysia, khususnya di Pulau Pinang.
Fasa Projek

Mengadakan sesi libat urus pihak berkepentingan antara Pulau Pinang dan pakar EU.

Membangunkan nota konsep untuk projek perintis di Pulau Pinang.

Membangunkan Pelan Induk Bandar Mampan (Circular Cities Blueprint) untuk Malaysia.

Hala Tuju Ekonomi Kitaran Pulau Pinang dan projek perintis yang memberi tumpuan kepada cabaran utama Pulau Pinang iaitu PLASTIK SEKALI GUNA.

Pelan Induk Bandar Mampan Malaysia yang menggabungkan hasil perbincangan libat urus dan nota konsep projek ekonomi kitaran di peringkat bandar.

Pelan induk ini akan mencadangkan hala tuju bagi bandar-bandar Malaysia untuk tempoh 10 tahun akan datang dalam mengarusperdanakan prinsip ekonomi kitaran ke dalam pelan pembangunan ekonomi dan bandar, dengan mengambil kira cabaran, penyelesaian, amalan terbaik dan model daripada EU.

Rakan Kolaborasi
Rakan Sokongan