Dasar Pengasingan Sisa di Punca
Pengasingan sisa di punca merujuk kepada amalan memisahkan sisa pepejal yang dihasilkan di kediaman, pejabat atau premis makanan dan minuman mengikut jenis komposisinya. Sebagai contoh, sisa boleh kitar semula seperti kertas, plastik, kaca, tin aluminium, besi dan logam diasingkan daripada sisa am seperti tanah dan sisa makanan.
Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan Dasar WSAS sebagai usaha untuk memupuk amalan ini. Dasar tersebut bertujuan untuk mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, meningkatkan kadar kitar semula, serta memanjangkan jangka hayat Tapak Pelupusan Pulau Burung.





























