Dasar Privasi
Kenyataan Perlindungan Data Peribadi
Dimaklumkan bahawa selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) yang telah berkuat kuasa pada 15 November 2013, PGC Strategies Sdn Bhd (“Penang Green Council” atau “PGC”) adalah terikat untuk mengeluarkan notis dan mendapatkan persetujuan berhubung dengan pengumpulan, rakaman, penyimpanan, penggunaan dan penyelenggaraan maklumat peribadi.
1. Tujuan penggunaan data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Bagi tujuan penilaian sebarang permohonan kepada PGC
- Untuk memproses sebarang manfaat dan perkhidmatan
- Untuk tujuan komunikasi
- Untuk tujuan iklan dan berita
- Untuk tujuan pentadbiran am dan rekod
- Untuk meningkatkan nilai pendidikan dan kesedaran alam sekitar
- Untuk tujuan pendidikan dan berkaitan yang berbangkit daripada PGC
- Untuk tujuan tadbir urus korporat kami
2. Data peribadi anda boleh dipindahkan dan/atau didedahkan kepada pihak ketiga dan/atau rakan kerjasama PGC termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen penyumberan luar yang dilantik, bagi memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berhubung tujuan-tujuan tersebut serta semua tujuan lain yang berkaitan, termasuk dalam menyediakan perkhidmatan bersepadu, penyimpanan dan penyelenggaraan rekod. Data anda juga boleh dikongsi apabila diperlukan oleh undang-undang atau apabila pendedahan diperlukan untuk mematuhi peruntukan undang-undang yang berkenaan.
3. Sebarang maklumat peribadi yang disimpan oleh PGC akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan mengikut polisi penyimpanan data kami sekiranya maklumat tersebut tidak lagi diperlukan.
4. PGC komited untuk memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami. Adalah menjadi dasar tegas kami untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemas kini. PGC juga memberi jaminan bahawa data peribadi anda tidak akan digunakan bagi tujuan politik atau komersial.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +604-250 3322