Soalan Lazim
Soalan Lazim
Dasar Pengasingan Sisa di Punca
Dasar Pengasingan Sisa di Punca adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan pengasingan sisa di peringkat sumber (punca) oleh orang awam dan premis perniagaan.
Sisa diasingkan kepada dua kategori sebagai permulaan iaitu: sisa baki dan sisa yang boleh dikitar semula.
Sisa baki iaitu sisa yang tidak boleh dikitar semula dimasukkan ke dalam tong sampah (hijau) yang akan dikutip mengikut jadual kutipan kontraktor. Sisa yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, tin aluminium, kertas, tetra pek, dimasukkan ke dalam beg dan diletakkan di tepi tong sisa baki pada setiap hari Sabtu untuk dikutip oleh kontraktor Majlis (MBPP/MBSP).
- Kenalpasti jenis sisa yang boleh dikitar semula.
- Bersihkan barangan yang boleh dikitar semula.
- Sisa kitar semula diletakkan di sebelah tong sisa baki.
Rumah kediaman bertanah: Setiap hari Sabtu oleh Majlis / Kontraktor Majlis. Kawasan kediaman bertingkat, perindustrian, komersial, kampung: Kutipan oleh badan pengurusan (JMB), kontraktor kitar semula berlesen, pusat kitar semula kendalian sendiri.
Tin aluminium, besi, logam, botol plastik, bekas plastik, beg plastik, bekas makanan plastik, baldi plastik, kaca, kertas, surat khabar, kotak, majalah, kotak kadboard, buku, dan lain-lain.
Sisa makanan seperti kulit buah-buahan, sayur-sayuran, kulit telur, nasi dan lain-lain. Sisa kotor seperti lampin pakai buang, tisu kotor, bahan-bahan kotor, kotak, kertas tercemar, dan lain-lain.
Emel: jpp@mbpp.gov.my
No: +604-263 3000
Emel: eaduan@mbpp.gov.my
Dasar ini telah dilancarkan pada 1 Jun 2016 oleh Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, di perkarangan pintu masuk KOMTAR, Pulau Pinang.
Dasar ini adalah sebahagian daripada usaha transformasi di bawah Dasar Pulau Pinang yang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat. Ia juga selaras dengan Agenda Tempatan 21 yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra demi kesejahteraan penduduk.
Kaedah “Trash to Treasure” telah diperkenalkan dalam dasar ini, yang menggalakkan penduduk untuk mengasingkan sisa mereka dan menukarkannya kepada sumber yang berharga.
Dasar ini bertujuan untuk menggalakkan amalan pengasingan sisa yang lebih baik, mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, dan mempromosikan amalan kitar semula. Ia juga menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih, hijau, dan sihat untuk penduduk Pulau Pinang.
Penduduk Pulau Pinang boleh terlibat dalam dasar ini dengan mengasingkan sisa mereka di rumah atau di tempat kerja, menghantar sisa yang boleh dikitar semula ke pusat kitar semula, dan menyokong inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan pengasingan sisa yang dianjurkan oleh PBT dan kerajaan negeri.
Kerajaan negeri telah mengadakan sesi lawatan dan taklimat ke sekolah-sekolah di seluruh Pulau Pinang untuk mendidik dan menggalakkan pelajar mengamalkan pengasingan sisa di punca. Pelajar dilihat sebagai pelapis yang bakal menjadikan amalan ini sebagai budaya harian hidup. Pelbagai program dibawah MBPP termasuk “Sesi Town Hall” berkenaan PSP.
Sesi lawatan dan taklimat ke sekolah-sekolah telah bermula sejak 11 Februari 2024, dengan kunjungan ke SJK Yeok Hua Balik Pulau.
Sesi lawatan dan taklimat ini melibatkan pelbagai jenis sekolah, termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), dan sekolah menengah kebangsaan.
Pelajar boleh memainkan peranan penting dengan mengamalkan pengasingan sisa di rumah dan sekolah, serta menggalakkan rakan-rakan dan ahli keluarga untuk turut serta dalam usaha ini. Mereka juga boleh menyebarkan kesedaran tentang kepentingan pengasingan sisa di kalangan masyarakat.
Pelaksanaan semula dasar ini diharapkan dapat mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, meningkatkan kadar kitar semula, dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat untuk generasi masa kini dan akan datang di Pulau Pinang.
Masyarakat umum boleh menyokong usaha ini dengan mengamalkan pengasingan sisa di rumah, tempat kerja, dan tempat awam, serta menggalakkan orang lain untuk berbuat demikian. Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam program-program kesedaran dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan PBT berkaitan dengan pengasingan sisa dan kitar semula.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai dasar ini melalui laman web rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang, laman web PBT, serta media sosial rasmi agensi-agensi berkaitan. Mereka juga boleh menghubungi pejabat PBT masing-masing untuk pertanyaan atau maklum balas.
Dikemaskini pada:3 Julai 2024
Direktori MAMPAN
Kenyataan: Maklumat yang diberikan ini adalah berdasarkan data terkini daripada laman Direktori MAMPAN. Data ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan boleh diakses DISINI.
Dikemaskini pada:3 Julai 2024
Kategori A: Bahan Yang Jarang Dikitar Semula
Hanya bekas gelas makanan dan minuman diterima oleh syarikat kitar semula. Anda boleh rujuk kepada pusat pengumpulan yang membuat kutipan khas seperti senarai di bawah. Untuk maklumat lanjut, sila layari PAUTAN INI
- South Zest Sdn. Bhd
- Tzu Chi Sungai Nibong Environmental Protection Education Centre
- Tzu Chi Sungai Rambai Environmental Protection and Education Centre (Bukit Mertajam)
- Tzu Chi Tambun Indah (Simpang Ampat)
- Pusat Pengumpulan Kitar Semula Taman Kota Permai
- iCYCLE Penang SDN BHD
Ya, boleh. Ia mengandungi 6 lapisan pelindung yang terdiri daripada 75% kertas, 20% plastik dan 5% aluminium. Untuk maklumat lanjut sila layari di SINI
- Semua pusat pengumpulan/ pendidikan Alam sekitar Tzu Chi di Pulau Pinang
- Honey Green Resources
Ya, boleh, styrofoam yang berada dalam keadaan bersih (seperti bekas pembungkus) boleh dikitar semula. Untuk maklumat lanjut sila layari di SINI
- Porlywing Asia (M) Sdn Bhd, Bkt Mertajam
- Tzu Chi Taman Lumba Kuda
- Tzu Chi Sungai Rambai (Bukit Mertajam)
- iCYCLE Penang SDN BHD
Kategori B: Bahan Yang Boleh Diguna Semula
Berkeadaan baik : Kedai terpakai/ kumpulan kebajikan (Kedai KAWAN, The Salvation Army Penang Children’s Home, Eden Handicap Service Centre Berhad dan lain-lain)
Berkeadaan tidak baik : Jika ia diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula, hantarkan ke pusat kitar semula.
Anda boleh menghantarnya ke De Vince Optometrist
Kategori C: Sisa Makanan
Sisa makanan yang telah bercampur (tidak boleh dimakan): Boleh dijadikan sebagai baja kompos, soil enhancer dan lain-lain. Anda boleh mencari pusat kitar semula di tapak kompos komuniti / tempat pengumpulan
- Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Puteri Gunung
- Pusat Sumber Alam Sekitar SPU (Taman Bagan Lalang)
Hubungi Green Hero! untuk program lebihan makanan.
Tempat pengumpulan berikut hanya mengumpul minyak masak terpakai (bukan minyak enjin) sahaja. Minyak ini akan diproses dan dijadikan biofuel. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di SINI
- Tzu Chi Tambun Indah (Simpang Ampat)
- Tzu Chi Sungai Rambai (Bukit Mertajam)
- Pusat Sumber Alam Sekitar SPU (Taman Bagan Lalang)
- Sustainable BioFuels Malaysia Sdn Bhd, Simpang Ampat
- Golden Oil Enterprise, Sg Bakap
- Fatbusta (Asia Pacific) Sdn Bhd, Simpang Ampat
Kategori D: Sisa Elektrik Dan Elektronik Isi Rumah / Sisa Berbahaya (Buangan Berjadual)
Sisa elektronik disenaraikan sebagai bahan buangan berjadual kod SW110 di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Berjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana ia menunjukkan ciri-ciri seperti mudah terbakar, terhakis, reaktif dan toksik. Semua sisa elektronik boleh mendatangkan impak negatif kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Oleh itu, ia memerlukan kaedah pelupusan yang betul. Untuk senarai lengkap pengitar semula / pengumpul sisa elektronik, sila rujuk PAUTAN INI
*SW103 – Bateri yang mengandungi Kadmium dan Nikel atau Merkuri atau Litium.
*SW109 – Sisa yang mengandungi Merkuri ataupun sebatiannya.
Buat sementara waktu ini, tiada undang-undang bagi memantau pembuangan sisa berbahaya dari isi rumah di Malaysia. Pulau Pinang tidak mempunyai fasiliti untuk memproses sisa berbahaya ini. Maka, sila pastikan sisa ini dilupuskan di tempat pengumpulan khas yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pulau:
- Pusat Kitar Semula Taman Serena, Jelutong (5.40265,100.32676)
Near to Astaka Taman Serena - Stor JPP MBPP, Jalan Sungai (5.40588,100.32459)
Seberang Perai:
- MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI, Menara Bandaraya, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
- Pejabat Cawangan MBSP Jawi, 14200 Sungai Jawi, Pulau Pinang.
- Kompleks Mahkamah Municipal Seberang Perai, Jalan Kg. Jawa, Taman Jawa, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
- Pejabat Cawangan MBSP Jalan Betek, Jalan Betek, Kawasan Perniagaan Sungai Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Sila pastikan sisa-sisa berbahaya ini telah dibungkus sebelum dilupuskan:
- Tiub pendarflour/ lampu kalimantang (SW109): Bungkus dengan menggunakan pembungkus asal/ surat khabar/ kertas.
- Bateri (SW 103): Gunakan pita pelekat untuk melekat dan membalut kedua-dua terminal positif (+) dan negatif (-) bateri bagi mengelakkan sentuhan antara bateri.
Kategori E: Sisa Baki
Ia terdiri daripada komponen aluminium dan plastik. Walau bagaimanapun, ia adalah tidak praktikal untuk dikitar semula kerana faktor kos yang tidak efektif. Maka, tiada syarikat kitar semula yang berminat untuk menerima bahan ini. Terdapat kumpulan komuniti yang menggunakannya menjadi kraftangan/ produk seperti pemegang bekas minuman, bakul, dompet syiling dan lain-lain.
Anda juga boleh bermula dengan projek “Eco-brick” menggunakan jenis bahan ini melalui PAUTAN INI.
Kategori F: Sisa Kebun / Taman & Sisa Pukal
Sila hubungi:
- Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBPP (04-2633000)
- Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBSP (04-5497654)
- EURASIA EXPRESS SDN BHD/ Batu Maung Transfer Station (drop-off sahaja) 04-2816510
*Maklumat ini hanya boleh diguna pakai di Pulau Pinang sahaja.
Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang
Piawaian ISO 14000 dan pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang berkongsi tujuan yang sama, iaitu membantu organisasi memelihara & memulihara alam sekitar, mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kesedaran dalam semua aspek tempat kerja.
ISO 14000 menentukan skop Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS- Environmental Management System) organisasi, mengenal pasti aspek-aspek alam sekitar yang berkenaan dengan semua situasi dan keadaan operasi serta menjelaskan keperluan undang-undang dan lain-lain kepada aspek-aspek alam sekitar organisasi.
Fokus utama kriteria penilaian pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang adalah pada kawasan pejabat serta menyediakan garis panduan tindakan praktikal dan penyelesaian tentang bagaimana untuk menjadi “hijau”. Garis panduan ini meliputi 8 kriteria yang disebut (Pembelian Peralatan Pejabat & Alat Tulis berasaskan Prinsip Hijau, Pengurangan Pembaziran & Kitar Semula, Penjimatan Tenaga, Penjimatan Air, Kawalan Penggunaan Kertas, Kawalan Mesin Cetak, Fotokopi, Faks & Kartrij, Peningkatan Kualiti Udara Tertutup; dan Penglibatan Pekerja & Komuniti).
Oleh itu, perbezaannya adalah ISO 14000 memperkatakan piawaian; pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang memperkatakan tindakan sebenar dan langkah praktikal yang diambil untuk menjadi hijau.
Penyertaan hendaklah dihantar secara berasingan untuk setiap lokasi pejabat.
- Sijil & Plak Pensijilan
- Hak untuk menggunakan logo Pejabat Hijau Pulau Pinang – ” Pejabat Hijau Pulau Pinang ” di atas letterhead syarikat, iklan dan bahan-bahan publisiti lain
- Penyertaan dalam Majlis Penyampaian Sijil Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang
- Nama jabatan/ organisasi yang lulus dalam audit akan disiarkan dalam laman web PGC
- Iklan di Buletin Mutiara
Audit akan meliputi kawasan pejabat utama yang ditentukan oleh jumlah bilangan kakitangan dan ruang.
Juruaudit akan mempunyai satu salinan jawapan yang telah dihantarkan oleh pejabat anda kepada PGC. Semasa lawatan audit, juruaudit akan mengesahkan pematuhan anda melalui dokumentasi dan rekod.