Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang
Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang ialah program audit untuk semua prasekolah dan tadika berlesen di Pulau Pinang. 15 prasekolah atau tadika berdaftar dengan markah tertinggi akan diberi ganjaran insentif dan sijil.
Objektif
- Untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan kanak-kanak.
- Untuk mendidik kanak-kanak tentang penjimatan sisa, air dan tenaga.
Kumpulan Sasaran
Semua prasekolah dan tadika berlesen di Pulau Pinang.
Kriteria
- Penjimatan Tenaga
- Penjimatan Air
- Pengurusan Sisa
- Kebersihan & Penghijauan
Penilaian
Hanya pemohon yang mendapat markah tertinggi akan disenarai pendek untuk proses audit.
Prosedur Permohonan
Lengkapkan soal selidik dalam talian melalui pendaftaran di bawah.
Anda akan dimaklumkan melalui e-mel jika prasekolah/tadika anda terpilih. Pemilihan adalah berdasarkan markah tertinggi.
Audit akan dilaksanak oleh PGC bersama prasekolah / tadika yang terpilih.
Prasekolah / tadika yang terbaik akan diumumkan di halaman Facebook PGC pada Oktober 2025.
Audit
Sediakan semua dokumen sokongan yang berkaitan seperti PowerPoint, video, gambar dan dokumen berkaitan berdasarkan kriteria audit.
Semasa audit, guru boleh menjadi wakil untuk membentangkan penglibatan dan projek mereka dalam program Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang ini. Bagaimanapun, penglibatan kanak-kanak dalam audit dalam talian amat dialu-alukan.
Anda juga boleh membentangkan program alam sekitar anda yang sedang berjalan atau rancangan masa depan.
Hadiah
15 buah prasekolah atau tadika terbaik dengan markah tertinggi akan diberi ganjaran insentif seperti di bawah:
- 5 Terbaik: Insentif bernilai RM700 dan sijil.
- 10 Terbaik Seterusnya: Insentif bernilai RM300 dan sijil.
- Penyertaan Kali Pertama: RM100 (10 tadika terawal sahaja)
Garis Masa
- Feb: Pembukaan pendaftaran dalam talian (25 Feb 2025)
- Ogos: Audit (15 prasekolah/tadika dengan markah tertinggi akan dipilih)
- September: Pengumuman pemenang tadika bertauliah (melalui Facebook)
- Februari – Mac 2026: Majlis Penyampaian Anugerah
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-250 3322 atau emel ke info@pgc.com.my.



