Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang (ASH)
Program Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang ialah program audit alam sekitar tahunan untuk semua sekolah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa). Dengan kerjasama kedua-dua PBT – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), program ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010.
Objektif
- Untuk menyemai semangat cintakan alam sekitar dalam diri pelajar dan masyarakat.
- Untuk mendidik pelajar tentang kepentingan pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar.
Golongan Sasaran
Semua sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa)
Kriteria
- Kecekapan Sumber
- Inovasi & Kreativiti
- Kebersihan & Penghijauan
- Penglibatan Komuniti
Penilaian
Bagi tahun 2025, program penganugerahan akan memberi tumpuan kepada penilaian dan pengauditan di Peringkat Daerah, yang dikendalikan oleh kedua-dua PBT (MBPP & MBSP). Anugerah Peringkat Negeri akan ditangguhkan buat sementara waktu.
Prosedur Pemohonan
- Pergi ke Penilaian ASH.
- Log masuk ke akaun sedia ada anda.
(Untuk pendaftaran kali pertama, sila buat akaun baharu menggunakan nama dan kod sekolah anda.) - Lengkapkan penilaian kendiri sebelum 31 Julai 2025.
- PBT masing-masing akan mengatur jadual audit sekolah pada bulan Ogos – September untuk pertandingan peringkat daerah.
Audit Sekolah
- Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan berdasarkan kriteria audit.
- Semasa sesi audit di sekolah, pelajar harus menjadi wakil untuk membentangkan penglibatan dan projek mereka dalam program sekolah hijau ini.
- Anda juga boleh membentangkan program alam sekitar anda yang sedang berjalan atau rancangan masa depan.
- Pengumuman pemenang untuk peringkat daerah akan diumumkan pada Oktober 2025.
Garis Masa
- Feb: Pembukaan pendaftaran dalam talian (6 Mac 2025)
- Julai: Penutupan pendaftaran dalam talian (31 Julai 2025)
- Ogos – Oktober: Audit di peringkat Daerah (MBPP & MBSP) & majlis penyampaian hadiah di peringkat daerah.



