Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang
Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang adalah program audit untuk semua prasekolah/tadika yang berlesen di Pulau Pinang. 15 prasekolah atau tadika yang memperolehi markah yang paling tinggi akan dihadiahkan insentif bernilai RM500 dan sijil penyertaan.
Objektif
Untuk memupuk semangat cinta terhadap alam sekitar di kalangan kanak-kanak.
Untuk mendidik kanak-kanak tentang pemuliharaan sisa, air dan tenaga.
Kumpulan Sasar
Semua Prasekolah dan Tadika berlesen di Pulau Pinang.
Kriteria
- Penjimatan tenaga elektrik
- Pemuliharaan dan penjimatan air
- Pengurusan sisa
- Kebersihan & Penghijauan
Penilaian
Hanya prasekolah/tadika yang memperolehi markah tertinggi akan dipilih. Audit atas talian akan dijalankan atas tadika yang dipilih.
Prosedur Permohonan
Lengkapkan soal selidik melalui pendaftaran di bawah.
Anda akan dimaklumkan (melalui e-mel) jika tadika anda terpilih. Pemilihan adalah berdasarkan kedudukan markah tertinggi.
Pihak PGC akan menjalankan satu sesi audit dalam talian dengan prasekolah/tadika yang terpilih.
Prasekolah/Tadika yang disahkan pensijilannya akan diumumkan di Facebook PGC pada bulan September 2023.
Audit
- Sediakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti slaid pembentangan PowerPoint, video, gambar dan dokumen-dokumen berkaitan berdasarkan kriteria-kriteria dalam borang penilaian.
- Semasa audit, guru boleh mewakili prasekolah/tadika untuk memaparkan penglibatan dan projek kanak-kanak dalam program Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, penglibatan murid-murid semasa audit dalam talian ini adalah digalakkan.
- Anda juga boleh membentangkan program hijau atau rancangan masa depan prasekolah/tadika anda semasa sesi audit.
Hadiah & Garis Masa
Hadiah
15 prasekolah atau tadika yang memperolehi markah yang paling tinggi akan dihadiahkan insentif sebanyak RM500 dan sijil penyertaan.
Garis Masa
- Mac: Pembukaan pendaftaran dalam talian (21 Mac)
- Julai: Penutupan pendaftaran dalam talian (31 Julai)
- Ogos: Audit dalam talian (15 prasekolah/tadika dengan markah yang tertinggi akan dipilih)
- September: Pengumuman pemenang melalui Facebook
- Februari – Mac: Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Negeri
Pendaftaran telah ditutup
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-250 3322 atau emel ke info@pgc.com.my.



