Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang (ASH)
Program Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang adalah program pengauditan alam sekitar tahunan untuk semua sekolah di Pulau Pinang (kecuali sekolah swasta). Program ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 dengan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Tujuan
- Memupuk semangat cinta kepada alam sekitar bagi semua warga sekolah dan komuniti yang terlibat.
- Mendidik pelajar dan masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Kumpulan Sasar
Semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa)
Kriteria
- Kecekapan Sumber
- Inovasi dan Kreativiti
- Kebersihan dan Penghijauan
- Penglibatan Komuniti
Penilaian
Program Anugerah Sekolah Hijau akan dinilai pada dua peringkat, iaitu Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri. Pengauditan peringkat daerah dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (MBPP & MBSP) di zon masing-masing dan audit peringkat negeri dijalankan oleh Penang Green Council.
Prosedur Pemohonan
- Layari laman web ini: http://www.pgc.com.my/PSG_assessment/login.php
- Log masuk ke akaun sekolah anda. (Untuk pendaftaran kali pertama, sila mendaftar akaun baru dengan menggunakan nama dan kod sekolah anda.)
- Lengkapkan borang penilaian selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024.
- Pihak berkuasa tempatan akan melakukan pengauditan peringkat daerah bermula Ogos – September
- Sekiranya sekolah anda dipilih sebagai wakil untuk bertanding bagi anugerah tertentu, pengauditan peringkat negeri akan dilakukan oleh Penang Green Council dan para juri pada bulan Oktober – Disember.
Audit
- Sediakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan berdasarkan kriteria-kriteria dalam borang penilaian
- Semasa audit, pelajar haruslah mewakili sekolah untuk memaparkan penglibatan dan projek mereka dalam program sekolah hijau.
- Program hijau atau rancangan masa depan juga boleh dibentangkan semasa audit.
- Pengumuman pemenang bagi peringkat daerah akan diumumkan pada bulan Oktober 2024 dan pengumuman pemenang bagi peringkat negeri akan diumumkan pada bulan Mac 2025.
Hadiah
- Johan (Keseluruhan) – RM 5,000 & Sijil
- Naib Johan – RM 3,000 & Sijil
- Anugerah Khas (Kecekapan Sumber Asli) – RM 1,000 & Sijil
- Anugerah Khas (Inovasi dan Kreativiti) – RM 1,000 & Sijil
- Anugerah Khas (Kebersihan dan Penghijauan) – RM 1,500 & Sijil
- Anugerah Khas (Penglibatan Komuniti) – RM 1,000 & Sijil
Garis Masa
- Mac: Pembukaan sistem pendaftaran dalam talian (15 Mac)
- Julai: Penutupan pendaftaran sistem dalam talian (31 Julai)
- Ogos – Oktober : Audit peringkat daerah (MBPP & MBSP) & Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Daerah
- Oktober – Disember: Audit peringkat negeri
- Februari – Mac 2025: Majlis Penyampaian Anugerah
Pendaftaran telah ditutup.
PERTANDINGAN KITAR SEMULA TORAY &+ (AND PLUS) 2024, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Pengenalan:
Pertandingan ini adalah berdasarkan model ekonomi kitaran, satu model yang mampan untuk alam sekitar, pembangunan sosial dan ekonomi. Botol Plastik PET akan dikumpul dari sekolah melalui pertandingan kitar semula untuk dikitar semula menjadi gentian sintetik dan akan digunakan dalam industri pakaian. Kaedah ini dapat membantu dalam pelaksanakan pengeluaran secara “close-loop” dengan mengurangkan kebergantungan kepada sumber semula jadi sebagai bahan mentah sambil memaksimumkan kesan alam sekitar yang positif.
Tempoh Pertandingan:
Tarikh tutup pendaftaran sekolah adalah pada 30hb April 2024. Kutipan botol-botol plastik PET oleh pihak sekolah adalah dibenarkan bermula dari bulan April hingga September 2024.
Cara Pendaftaran:
Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Pulau Pinang termasuk sekolah swasta/ antarabangsa yang turut menyertai Anugerah Sekolah Hijau tahun 2024.
Pendaftaran telah ditutup.