Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang

Home / Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang
Makluman: Berikutan kes penularan COVID-19, program Insentif Tadika Hijau pada tahun ini terpaksa ditangguhkan sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak tersebut. Ikuti laman Facebook rasmi kami untuk maklumat terkini.

Ditaja oleh Penang Development Corporation, Insentif Tadika Hijau adalah program audit untuk semua tadika di Pulau Pinang, yang bertujuan untuk menanam kesedaran di kalangan kanak-kanak berumur 4-6 tahun untuk menjaga alam sekitar.

Soal selidik ini akan membantu para guru tadika untuk memulakan pendidikan alam sekitar. Program ini dapat membantu memupuk kesedaran alam sekitar dalam kanak-kanak.

OBJEKTIF

Untuk memupuk semangat cinta terhadap alam sekitar di kalangan kanak-kanak.

Untuk mendidik kanak-kanak tentang pemuliharaan sisa, air dan tenaga.

TERBUKA KEPADA

Semua Prasekolah dan Tadika berlesen/ berdaftar di Pulau Pinang.

CARA MENYERTAI

Lengkapkan soal selidik

Anda akan dimaklumkan (melalui e-mel) jika tadika anda terpilih. Pemilihan adalah berdasarkan markah tertinggi.

Pihak PGC dan PDC akan melawat tadika anda jika terpilih. Tadika yang disahkan akan diumumkan di Facebook PGC pada bulan September.

Anda akan dijemput ke Majlis Penyampaian Hadiah Green Pinang (GALA) pada bulan November untuk menerima insentif sebanyak RM 500 dan sijil penyertaan.

Penyertaan telah ditutup

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-250 3322 atau emel ke info@pgc.com.my.