Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang (ASH)

Home / Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang (ASH)
Makluman: Berikutan kes penularan COVID-19, program Anugerah Sekolah Hijau pada tahun ini terpaksa ditangguhkan sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak tersebut. Ikuti laman Facebook rasmi kami untuk maklumat terkini.

Program Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang adalah program pengauditan alam sekitar tahunan untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa). Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar, guru dan juga komuniti tentang kepentingan pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar. Program ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 dan merupakan program kerjasama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Sekolah yang terlibat dalam program ini mesti menanam amalan dan tabiat mesra alam berdasarkan 4 kriteria yang ditetapkan untuk program ini, iaitu:

1. Kecekapan Sumber

2. Inovasi dan Kreativiti

3. Kebersihan dan Penghijauan

4. Penglibatan Masyarakat

Penilaian

Program Anugerah Sekolah Hijau dinilai pada dua peringkat, iaitu Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri. Audit Peringkat Daerah dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (MBPP & MBSP) di zon masing-masing dan audit Peringkat Negeri dijalankan oleh Penang Green Council.

Garis Masa

  • November: Pembukaan pendaftaran atas talian
  • Mac: Sambutan Ulangtahun ke-10 / Pelancaran Anugerah Sekolah Hijau
  • April: Penutupan sistem atas talian (30 April)
  • Mei-Ogos: Audit peringkat MBPP & MBSP
  • September: Majlis Penyampaian Hadiah peringkat MBPP & MBSP
  • Oktober: Audit peringkat negeri
  • November: Anugerah Green Pinang (GALA)

Untuk pendaftaran kali pertama, sekolah perlulah mendaftar dan menghantar penilaian yang lengkap melalui atas talian. Sekolah yang mendaftar sebelum ini boleh log masuk menggunakan kata laluan lama dan nama pengguna yang lama. (Adalah digalakkan pihak sekolah untuk menggunakan nama sekolah dan kod sekolah masing-masing untuk nama pengguna dan kata laluan supaya tidak berlaku kesulitan apabila guru berpindah sekolah atau terlupa kata laluan).

Inisiatif alam sekitar yang diambil oleh pelajar dan sekolah kemudian dikumpulkan dan disampaikan oleh pelajar semasa sesi audit.

* Untuk melihat skema pemarkahan sebelum meneruskan penilaian, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-250 3322 atau emel ke info@pgc.com.my.